Falling Object

Friday

Berhenti kerja? YES! KEPUTUSAN MUKTAMAD.

Mula lah jari-jemari aku menekan-nekan huruf di keyboard aku ni. Banyak yang aku mahu luahkan. Idea datang mencurah-curah. Selit juga pasal persahabatan. Pada pandangan aku, manusia dilahirkan dengan bermacam-macam perangai. Ada yang baik, ada yang buruk, bertalam muka semua. Kita ambil masa untuk kenal perangai orang. Ada juga yang sudah kenal selama 10 tahun dan lebih, tapi mereka tak kenal perangai sebenar kawan deaorg tu. Ada yang pandai berlakon, pura-pura baik tapi dalam hati dia nak hancur kan kita. Tak sepatutnya benda itu berlaku. Tapi nak buat macam mana, lumrah hidup. Kalau takde semua tu, takde laa ujian dan dugaan dalam hidup kita. Am I right? 

Mula lah cerita aku dimana aku meminta tolong seseorang untuk mencari kerja kosong, yang aku anggap adik sebab dia sebaya dengan umur adik aku yang no 2, that is 17 tahun. Lagi pun kami dikatakan rapat lah juga. Memang betul aku nak kerja. Tujuan aku nak mencari kerja kosong tu pun sebab nak ada income. Tak boleh laa tengok poket kosong kan. Malas nak minta parents, deaorg pun banyak benda nak bayar lagi *anak yang baik en?* bhahaha. Punya laa excited plus aku agak nervous. Sebab selama aku kerja, aku tak pernah kena interview. So bila nak masuk kerja baru ni, kena interview dulu. Of course CUAK! Aku pergi interview Isnin, 24 Dec 12. Time tu interview, time tu juga dapat kerja. Alhamdulillah. Manager tu suruh aku start kerja hari Rabu, 26 Dec 12. Dia dah bagi tau semua scope kerja macam mana, gaji, time working. Scope kerja aku is aku kena call existing customer yang guna line streamyx, yakinkan deaorg yang deaorg kena tukar kepada unifi. Kira kerja ni under TM lah. Lepas tu kena terangkan deaorg about pakej tu semua. And I agreed with all the terms and condition. 

First day I start working, BAD NEWS is aku demam. Entah kenapa tiba-tiba demam. Errrrr. Dah semangat datang awal. Ingat lambat tau! Rupa-rupanya bos yang lambat. Hekhekhek! Punya laa menyumpah-yumpah boss tuu dalam hati. But takdelah se serious macam nak marah boss. Saje je nak menenangkan hati yang tengah panas pagi tuu. Dengan lapar nya, cuak nya. Haih. Yang lain pun macam agak bengang sebab deaorg dah semangat datang awal nak buat sales, but datang je pintu office tak bukak lagi. So time tuu ketua for each group dah datang, deaorg bukak laa pintu bilik meeting. Nak kena assembly dulu. Errr. Morning assembly, haha. *terasa macam dekat sekolah pula :P* Lepas masuk, duduk macam biasa. Deaorg tahu aku budak baru kerja, then deaorg suruh aku introduce diri semua. After that, bos dah datang then habis laa assembly. Semua naik office. Macam biasa buat kerja. Aku tunggu lama juga lah. Sebab semua ketua tengah setel kan phone line yang kena bar semua. Aku tunggu dengan sabar~ Then ada akak, si E ni suruh ikut dia. Aku pun ikut laa. Dia cakap dia jadi ketua aku. Dia terangkan balik pasal gaji, scope kerja aku tu. Then semua benda lah dia terangkan, pasal unifi punya pakej and else. 

Bila dia terangkan tu, aku admit aku macam slow sikit. Sebab yelah, benda aku tak pernah tahu then kena ambik tahu. Minat tu macam ada tak ada. Aku macam nampak akak tu takdelah buat muka, maybe dia punya mood swing sikit. Sebab disitu laa dia kena ajar aku, disitu laa dia nak buat sales semua. So dia pressure. Tapi tak apa, aku ok je. Aku faham, sikit pun tak ambik hati. Then dia suruh aku buat observation, pergi dekat orang yang tengah on call tu then dgr macam mana deaorg cakap or terangkan dekat customer pasal unifi ni. Lama juga laa aku buat observation. Then sampai masa nyaa, akak E tu panggil aku. Duduk sebelah dia, then dia bagi phone and data pasal customer. Dia suruh aku buat call~ And I was like, 'Kak, taknak buat pitching dulu ke?' Dia cakap, 'Takpayah laa, terus buat call je.' -_____- Menggigil juga laa aku time tekan keypad tu. Dah banyak number aku tekan tau tapi ada yang salah number, taknak guna unifi lah, pekerja cuti lah. Haih, macam-macam ragam. Tapi alhamdulillah, tak payah laa aku terangkan dekat customer. Aku pun keep call customer, sampai laa ke petang. Dah nak time balik daa  pun, then baru aku stop. Sepanjang jalan aku nak ke LRT tu en nak balik rumah lah, aku dah set dalam mind aku, aku nak BERHENTI KERJA. teruk en? Aku tau. Hmmm. Tapi macam best tau, kerja dia actually takde laa berat mana. Aku je tak reti nak terangkan. hihi

Second day, aku tak pergi kerja sebabnya aku demam -,- Again aku demam. And secara tiba-tiba pula tuu. I don't know why. Alahai. 

Malam tuu aku pun cakap laa means im dekat fb dengan dia yang tolong aku cari kerja tuu. Aku ada cakap aku MACAM nak berhenti kerja. 50/50 lah, minat nak kerja ada tak ada. Aku ada say sorry juga. Lepas tuu terus dia tak reply im aku. Dia update status dekat facebook. Yes, I admit salah aku juga. Aku tau dia marah. Tapi kalau dah tak minat nak buat macam mana. Dari akak terus KAU AKU. Dari respect terus tak. Eh, aku tak faham kadang-kadang kenapa manusia ada perangai macam tu. Kalau tak puas hati ke apa, cakap laa terus terang. Tak payah update status bagai. So UN-MATURED! Aduhai. Dari kawan terus bertukar jadi musuh. Sebabkan benda kecil je. Macam tolong TAK IKHLAS pun ada juga. Tak apa, ini dugaan. Allah dah buka mata aku untuk aku tengok siapa yang betul-betul jadi kawan aku :') Alhamdulillah. 

But I know it's my fault too. I'm sorry if i hurt your feeling (you know who you are).

Enough for today. Dah luahkan dekat kawan-kawan :') Thanks sbb sudi membaca. 

No comments:

Post a Comment

Leave a cute comment (",)

Counting Days :)

Daisypath Anniversary tickers

Contact ME ^_^