Falling Object

Sunday

Sunway Lagoon with heartbeat! ♥

Hey guys, whats up! Yall doin fine? I'm great here! Totally great :) Alhamdulillah, syukur sekarang still ada peluang nak update blog. Nak kongsi laa sikit cerita kan. Aduh! Dah berkobar-kobar ni aku nak cerita *kenyit mata sikit* Hamboi, gedik naaa aku ni.

Okay, stop it Eyka. Can you start writing? *Sudah, diri aku yang lagi satu dah bising* haha.

Pagi tadi, around pukul 10.00am something boyfriend aku datang nak ambik laa kan, nak gerak pi Sunway Lagoon sana. Sampai sana pulak adalah dalam pukul 11am. Nak tahu kiteorg pergi naik apa? Biasalaa derr, naik motor. Merempit pergi sana :p Eh, actually best apa naik motor ni dapat angin meh. Serious! Kadang-kadang aku yang excited sebab naik motor au. *Lari topik kejap, sambung balik* Lepas tuu, dah sampai sana kiteorg pun singgah laa makan, makan dekat Mcd je. Dah kenyang makan kaki pun bergerak pi Entrance Sunway Lagoon nak bayar apa yang patut. Ramai laa jugak dekat Sunway tadi, nama pun hari Sabtu meh! Hihi. Lepas dah bayar, dapat wristag then kiteorg pun masuk laa.

Boyfriend aku ni boleh jalan nak melulu, then aku cakap laa, "itu toilet" dia boleh cakap "you nak buat apa dekat toilet?" and then me said "Eh, nak tukar baju lah" Lepas tuu baru dia cakap "Ohh,ingat nak g cari locker dulu" Me pun said "Kalau dah jumpa locker then dah simpan barang semua time bila nak tukar baju kan?" Dia cakap "ohh, ok ok".

Part dalam toilet pulak, time aku nak tukar baju. .Ada pulak sorang perempuan ni. Habis nak marah je pergi hempas pintu bagai. Apa dia ingat itu tempat dia? Ish! Sakit pulak hati kita ni. Nak tukar baju pun tak senang :/ Lepas tuu dok pandang-pandang Eh! tau laa aku cantik *perasan? tau daa* hhaha. Lepas tuu kaki pun mula laa mengatur langkat untuk pergi cari locker :) Sampai dekat locker pulak, part paling BEST! Dah masuk barang semua, dah kunci ni. . Boleh pulak aku "Eh bie, jam i" *tunjuk muka sedih* Boyfriend aku pun pergi laa bukak locker tuu balik. Mana mahal doo kena bayar for token tuu. rm5 plak sekali guna. Shit! Boyfriend aku macam marah, tapi dia kata tak marah. hhmmmm. Okay, forget it. Lepas tuuu, dah keluar dari tempat locker tuu, selipar pulak lupa nak simpan -,- Lagi kiteorg macam huh errrr?? Then tanya laa dekat aunty jaga locker tuu, He said "Excuse me, dekat atas ada tempat letak selipar tak? Cadangan bernas dari aunty tuu. Dia mencadangkan : aunty said "simpan sajalah bawah locker tuu, tada hilang punya" and kiteorg pun macam, "ooooooooo, bagus jugak" haha.

Then lepas dah letak selipar tuu, naik laa ke atas. Eh, what i mean naik esclator tuu sebab nak pergi dekat Amusement Park. Nak main benda-benda permainan tuu. First game kiteorg naik yang Kapal tuu. siapa pernah pergi tau laa apa yang aku maksud kan tuu :) sumpah best! Pusing 90 darjah kot, dia hayun memang cun! Tadi aku duduk sebelah perempuan, ada berborak jugak laa *try to be freindly* hihi. Tapi serious best, dapat duduk sebelah perempuan tuu, hell! kau tau laa perempuan menjerit macam mana kan? sama laa dengan aku. Eeeeee!! bestnyaa :p That thing betul-betul grip kot dekat dada kita. Nak elakkan dari kita terjatuh. Bagus memang bagus, tapi agak sakit -,- susah nak bernafas pun ada. But, it's okay laa, sakit sekejap jaaa :)

Then nak main benda lain pulak. Aku laa orang paling excited, boyfriend aku tau. Dah gerak main yang macam kapal tuu jugak. Tapi bak kata boyfriend aku, lagi safe. Sebabnyaa, that thing tetutup, so kalau agak-agak jadi something kee kurang laa injured dia. Sumpah waa cakap luu, tak senang duduk! Time pusing je, punggung ni tak cecah sit tuu. Taktau nak cakap macam mana, time aku naik ada part terdiam jugak lah, haha! Kejap je main tuu. After that, our next game is main roller coaster yang aku rasa paling shomat dekat dunia ni :p Boyfriend aku siap tunjuk muka bosan kot -,- padahal sama je dengan aku, hahah *gelak tak ikhlas* Lupa pulak, before kiteorg main that roller coaster, kiteorg ada pergi main game cowboy yang pusing-pusing tuu au. Agak sakit kepala jugak laa naik benda tuu. Apa yang hebaq sangat sampai orang tejerit over pun aku taktau. After that, kiteorg nak main apa entah nama dia. But apa yang aku tau, naik pelampung then deaorg lepas kan dari ketinggian yang deaorg tetapkan. Eh, agak tinggi tau gelongsor tuu. Tengah tunggu turn ni kan, ada pulak amoi ni dok usha-usha aku. Apehal entah. Sampaikan boyfriend aku pergi kuatkn suara then cakap "Sekali lagi budak dua ekor ni usha you, i akan tanya apa masalah deaorg" *Wwwoooaaahh! Garang-garang nak g ane? Hihi. Dia tayang titew laa. Kiss sikit :* Haha* Tapi itulah, pelik kenapa deorg pandang-pandang aku. Nak cakap aku pakai bikini, taaaakkkkk. aku pakai tshirt biasa je :/ Damn! Aku taktau apa masalah budak perempuan cina tuu.

Then kiteorg start main "MAN EATING SNAKE" itu nama permainan tuu. Agak lenjun laa jugak sebab that things hempas dekat air. Okay, itu start kiteorg main air. Lepas tuu, part BEST lagi. My baby nak sewakan pelampung punya pasal dia pergi laa bukak locker tuu untuk kali ke dua. Terbang lagi rm5 -,- ok, dah rm10 dah habis dekat locker. Lepas tuu, dia bawak keluar duit and iphone dia. Tidak disangka, lepas dah sewa pelampung time to snap picture! Sumpah happy gila dooo dapat snap picture, main air semua :p Lagi dasyat, ramai gila dok usha si boyfriend aku ni. Muka pelik pun ada, sebab boyfriend aku bawak masuk iphone dia dalam air. Haha. Aku biarkan je. Pandai-pandai laa deaorg pikir kan. Cantik gambar kiteorg snap, aku suka :')

Then, part BEST lagi! My baby boo bukak locker untuk kali ketiga. Hmmm, untuk simpan iphone sebab kiteog nak pergi mandi dekat beach dia. Terbang daaa rm15 just for locker -,- Oh damn! Syabil cakap "pandai deaorg (Sunway) buat duit"

Okay, its time to go to beach! Lagi syok! Boyfriend aku paling suka. Eh! haha :D Sumpah rasa macam taknak balik oh. Dengan sejuk nya~ Alhamdulillah, cuaca tadi tak panas sangat. So takdelah berbelang. Syukur! Hihi *Gedik!* Agak lama laa kiteorg berendam. Sempat snap pictire lagi. Lepas tuu my bie kononnya nak jatuh kan kite dalam air, sebab kite ada dekat pelampung. Memang tak laa kan. Hello! Syafiqah Samsul reti berenang laa :p Haha. Balik around 5.30pm . Lama jugak laa dekat Sunway tadi. Tak akan bayar mahal-mahal masuk sekejap je, kan? Then sempat round-round Sunway Pyramid. Semata-mata nak cari flat shoes for me :/ My bie nak blanje, tapi. . hmmm. Pasrah jelaa. Takde yang aku berkenan. Shit! Tapi takpe, tunggu ayah je laa gaji. Nak beli flat shoes, sebab my flat shoes sudah jahanam. Lol!

Agak penat laa tadi. Boleh sesat pula :( Tak ingat dekat mana tempat parking motor -,- Tapi nasib jumpa tau. Sebab tanya information counter? haha. K tak kelakar. Lepas daa siap-siap semua tuu, now its time to go back home. Syabil hantar aku balik rumah dulu, and baru dia balik rumah :) Before balik tuu, sempat lagi my bie singgah belikan makanan untuk aku :') Oh! So sweet. Dia belikan Ayam Penyet for me, akhirnyaaa! Hihi. Tapi rasa tak syok sebab makan sorang dekat rumah and bukan dengan dia :( K nevermind.

But i want you to know that i feel so happy today. Thanks to you my love Syabil Firdauz Zulkifly. I do love you so much. Take a note! I'm gonna remember our memories together

No comments:

Post a Comment

Leave a cute comment (",)

Counting Days :)

Daisypath Anniversary tickers

Contact ME ^_^