Falling Object

Sunday

Allah lagi sayangkan arwah atuk :'(

Salam.

Seperti yang awak semua tahu, atuk saya telah meninggal dunia pada pukul 10.40 pagi tadi, 8hb April 2012. Tarikh ini juga sempena harijadi arwah. Atuk dilahirkan kedunia pada tarikh ini dan juga telah kembali kepada Penciptanya pada tarikh ini juga :(

Sedih yang teramat bila dapat tahu perkara ini. Baru je semalam kakak cakap dengan makngah yang kakak nak jumpa atuk, nak melawat atuk. Tak sangka pagi tadi dapat call dari adik cakap atuk dah meninggal dunia :'( Serious terkejut, air mata non stop nak mengalir je :( Masih sedih kenapa atuk tinggalkan kakak dulu :'(

Kakak still ingat, atuk pesan dekat kakak suruh belajar bersungguh-sungguh, buat ayah ibu bangga. Atuk, kakak akan ingat pesan atuk tu sampai kakak mati, kakak akan belajar bersungguh-sungguh macam yang atuk nak. Kakak akan buat atuk bangga :(

Kakak ingat lagi juga, time atuk masuk hospital dekat HKL. Kakak sanggup datang sana, sorang-sorang pulak sebab nak teman atuk. Tak nak atuk bosan sorang-sorang :( Kakak ingat jugak atuk suka melawak dengan kakak :(

Allah lagi sayangkan atuk :( Moga atuk ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Leave a cute comment (",)

Counting Days :)

Daisypath Anniversary tickers

Contact ME ^_^